Thursday, November 25, 2010

Apa Yang Dimaksudkan Oleh Syarak?

di sini saya ingin berkongsi tentang pelajaran yang saya peroleh daripada pengajian saya. salah satu subjek kegemaran yang membuat saya lebih celik tentang indahnya hidup dalam syariat Ilahi..

ia berkenaan MAQASID SYARIAH. atau juga difahami sebagai apa kebaikan yang dikehendaki dari undang-undang syaríe.

orang bukan Islam bertanya, mengapa orang Islam tidak boleh minum arak dan mengamalkan riba?

mengapa orang Islam kena pakai tudung? membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan? sungguh jumud kelihatannya.mereka berspekulasi.

dan pelbagai lagi soalan yang sukar dijawap jika individu muslim itu sendiri kurang mengerti tentang apa yang dikehendaki pada suatu ketetapan dalam agama.

Imam al-Syatibi telah merumuskan bahawa maqasid syariah daripada undang-undang islam mempunyai lima (5) maksud, iaitu:

1. Memelihara agama حفظ الدين

2. Memelihara nyawa حفظ النفس

3. Memelihara akal حفظ العقل

4. Memelihara nasab keturunan حفظ النسل

5. Memelihara harta حفظ المال

dan apabila diteliti ternyata kelima-lima perkara tersebut merupakan perkara terpenting dalam kehidupan manusia yang apabila rosak salah-satunya maka akan rosak seluruh kehidupannya. hilang salah satunya, hilang lah nilai dalam hidupnya.

AGAMA mesti dipelihara kerana manusia amat perlukan agama. Agama menjadi panduan sepanjang hidupnya. disinilah kepentingan ulama untuk menerangkan tentang agama kepada manusia, agar mereka teguh menjaga iman dan mentaati perintah Allah Pencipta manusia serta alam seluruhnya, supaya bahagia hidup di dunia dan selamat di akhirat.

Jika agamanya rosak, maka tergugatlah NYAWA, manusia tanpa agama tidak takut untuk membunuh sesuka hati. Syariat telah menetapkan undang-undang Qisas bagi kesalahan berkenaan nyawa. Islam juga agama kesejahteraan, menetapkan manusia supaya menjaga kesihatan dengan mengambil hanya makanan yang halal dan baik.

jikalau tanpa agama, rosaklah AKAL manusia, akal tanpa panduan akan berfikir menurut kehendaknya, merencana segala macam muslihat meskipun membawa bahaya pada diri dan orang lain. meminum arak yang merosakkan akal dan organ otak itu sendiri. Sebaliknya anjuran berfikir dalam al-Quran dan mencari ilmu antara lain merupakan galakan bagi memelihara akal fikiran.

jika tiada agama rosaklah NASAB KETURUNAN. manusia tanpa segan silu melakukan hubungan terlarang hingga melahirkan zuriat yang tidak dipastikan siapakah ayahnya. disyariatkan perkahwinan bagi memastikan keturunan terpelihara suci.

jika tiada agama manusia mengambil HARTA dengan jalan yang salah, mencuri untuk kebaikannya, memakan riba untuk kekayaan yang disangkakannya. Islam agama kekayaan, menggalakkan manusia berusaha mencari harta yang baik serta halal, serta menetapkan hukuman yang cukup menggerunkan bagi kesalahan mencuri dan mengambil harta secara haram.

setiap perkara yang dituntut dan ditegah dalam agama berputar sekitar lima maksud yang telah disebutkan. selain itu terdapat juga kewajipan dan larangan yang tidak dipastikan maksud disebaliknya, para ulamak menetapkan ia sebagai perkara ketaatan, sebagai hamba kita mesti patuh dan taat kepada Pencipta, lalu hikmah perkara-perkara ketaatan kita serahkan kepada Allah. Maha Suci Allah yang Maha Berkehendak dari terikat dengan asbab.

segala suruhan dan larangan Allah Taala wajib ditaati, meskipun kita belum mengetahui hikmah disebaliknya. namun pengetahuan tentang maksud disebalik suatu perintah amat bermanfaat bagi menambah kecintaan untuk beramal serta meningkatkan keyakinan pada Kebesaran Ilahi. Allahu Akbar! Allah Qadeer.

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? dan gunung ganang sebagai pasak” (Surah An-Naba’: 6-7)

Subhanallah…

2 comments: