Wednesday, November 7, 2012

Begin with the End in Mind : FOCUS!

Obstacles are those frightful things you see when you take your eyes off YOUR GOAL.

So, be focus on what you aimed!

Road to Jannah..

Road to Success in study..career..

Road to Islah the peoples around..

and so on.

Don't give up even if you face numbers of obstacles..you should call it as--> Challenges!

The success people they don't give up!

So what ever burden you have in your heart, Keep Faith in Him and.. Let it go..!..

"Surely, Allah  is with those who patiently persevere." -Patience to do good things, to leave bad things, and also to chase his/her dreams!

So keep moving! 

In tansurullah Yansurkum! Doa, Effort, Tawakkal, and also Ikhlaas lillahi Taala.. =)

Monday, November 5, 2012

Serenity ~~

Allah answer prayer in 3 ways:

He says Yes and gives what you want..

He says No and gives you something better..

He says wait and gives you the best in His own time..

It is beautiful, right?  ^^

Monday, January 30, 2012

Sediakan hati yang bersih sebelum ke tikar sejadah

Bawalah hatimu nan suci ke takbiratul ihrammu!

Walau sesibuk mana pun kita dengan tugasan harian, dengan peranan sebagai pelajar, pekerja kerajaan dan swasta, suri rumah, mahupun penganggur tak bergaji..pastikan solat kita dalam sebaik-baik pelaksanaan..Khusyuk mestilah dijaga..Rukun dan syarat harus dipelihara..Masakan kita tak malu persembahkan solat yang ala kadar kepada Tuhan yang Menciptakan Kita? Silalah merasa Malu.. Malu itu separuh daripada Iman.. Innallah Jamilun wayuhibbul Jamaal..(Allah itu Cantik dan sukakan yang Cantik ). Jadi mestilah perlu persembahkan Solat kita seumpama sebuah Hadiah yang indah kepada Allah Taala, Raja sekelian alam.. Cuba bayangkan , pernahkah anda mendengar jika solat kita tak sempurna atau cacat, nanti pada hari Kiamat solat kita akan dipulangkan semula pada kita seperti orang baling kain yang buruk.. Astaghfirullah, wal 'íyazubillah.. T_T

Dan selalulah ingat.. perkara Solat ni ialah perkara pertama akan disoal di akhirat kelak.. Solat kan tiang agama.. sepertimana Check Point pertama jika kita bayangkan. Jadi kalau solat tak cukup, luput tak pernah qadha', wudhuk tak sempurna, solat main-main, sah-sah di check point tersebut akan mengambil masa yang lama. Jika kita gagal pada Check point Solat, pasti ada hukuman bukan? Wal'iyazu billah.. Jadi mari kita perbaiki kualiti solat kita, mahu baiki solat perlu ada keinginan yang kuat, ia perlu pada hati yang bersih, ilmu pengetahuan tentang solat yang sempurna (antaranya baca buku Formula Solat Sempurna Dr UZAR), dan banyakkan doa supaya Allah bantu..

Disini contoh Tips untuk mendapatkan Solat yang khusyuk :

#1. Niat : Azam dirikan solat dengan khusyuk
#2. Mesti mulakan dengan wudhuk yang sempurna
- Baca istiazah
- Masa membasuh anggota wudhuk doa agar dihilangkan juga dosa-dosa yang lalu
- Tidak membazir air
#3. Memakai pakaian solat dengan kemas dan solat ditempat yang tenang
#4. Dirikan solat
- Hadirkan hati (ikhlas niat)
- Bayangkan diri sedang persembahkan hadiah solat kepada Raja sekelian alam
- Ingat mati dan memikirkan seolah-olah ia adalah solat yang terakhir
- Meneliti bacaan dalam solat, sebaiknya fahami makna setiap bacaan
- Mengingati kebesaran Allah dan kekuasaanNya ketika takbir dan tasbih serta pada setiap gerakan solat
- Hilangkan segala lintasan urusan dunia
- Merasa rendah hati dan rendah diri sewaktu rukuk dan sujud. (Banyakkan doa ketika ini)
- Solat dengan thoma'niinah (berhenti sekejap pada rukuk dan sujud, solat dengan tenang)

Diubahsuai dari : (http://jomfaham.blogspot.com/2010/07/tips-tips-khusyuk-dalam-solat-bab-1.html)

Yukk..kita solat dengan penuh taqwa, dan rindu pada Pencipta kita.!! ^__^

#Rasulullah sangat suka bersolat.. Baginda bersabda : "Dijadikan penyejuk mataku di dalam solat". Riwayat Ahmad dan an-Nasaie

Thursday, July 14, 2011

tentang HATI

segalanya bermula dari sini ---> HATI

untuk lidah mengungkapkan kata-kata yang baik, ia perlukan hati yang baik.

untuk mata memandang hanya yang baik, ia perlu hati yang baik.

untuk tangan menghasilkan kebaikan, ia perlu juga hati yang baik.

jadi pokok pangkalnya, bersihkan hati terlebih dahulu.

ada doa yang sangat bagus untuk mendapatkan hati yang baik :

اللهم آت قلبي تقوىها وزكها وأنت من زكاها

Ya Allah kurniakanlah hati ini ketaqwaan, dan sucikanlah kerana hanya Engkau yang menyucikannya. amiin ya Rabb

cek_hati

ramadhan countdown

bismillah.

sudah lama benar tidak ku update blog ni..maafku wahai cik adik blog..

sedar tak sedar sudah hampir dengan bulan ramadhan al-mubarak..subhanallah..tidak mampu ku ucapkan rasa gembira menanti bulan yang penuh dengan rahmat serta keampunan ni..Allahumma ballighna ramadhan..ameeen...

impian yang sering di ulang-ulang tiap kali menjelma ramadhan...mahu kan setiap saat dipenuhi dengan amal ketaatan! tak mahu rugi seperti ramadhan yang lepas!

mari siapkan diri menyambut ramadhan. tambahkan ilmu tingkatkan kefahaman..moga ramadhan kali ini membuahkan ketaqwaan..

salam mujahadah..!! =)

Thursday, November 25, 2010

Apa Yang Dimaksudkan Oleh Syarak?

di sini saya ingin berkongsi tentang pelajaran yang saya peroleh daripada pengajian saya. salah satu subjek kegemaran yang membuat saya lebih celik tentang indahnya hidup dalam syariat Ilahi..

ia berkenaan MAQASID SYARIAH. atau juga difahami sebagai apa kebaikan yang dikehendaki dari undang-undang syaríe.

orang bukan Islam bertanya, mengapa orang Islam tidak boleh minum arak dan mengamalkan riba?

mengapa orang Islam kena pakai tudung? membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan? sungguh jumud kelihatannya.mereka berspekulasi.

dan pelbagai lagi soalan yang sukar dijawap jika individu muslim itu sendiri kurang mengerti tentang apa yang dikehendaki pada suatu ketetapan dalam agama.

Imam al-Syatibi telah merumuskan bahawa maqasid syariah daripada undang-undang islam mempunyai lima (5) maksud, iaitu:

1. Memelihara agama حفظ الدين

2. Memelihara nyawa حفظ النفس

3. Memelihara akal حفظ العقل

4. Memelihara nasab keturunan حفظ النسل

5. Memelihara harta حفظ المال

dan apabila diteliti ternyata kelima-lima perkara tersebut merupakan perkara terpenting dalam kehidupan manusia yang apabila rosak salah-satunya maka akan rosak seluruh kehidupannya. hilang salah satunya, hilang lah nilai dalam hidupnya.

AGAMA mesti dipelihara kerana manusia amat perlukan agama. Agama menjadi panduan sepanjang hidupnya. disinilah kepentingan ulama untuk menerangkan tentang agama kepada manusia, agar mereka teguh menjaga iman dan mentaati perintah Allah Pencipta manusia serta alam seluruhnya, supaya bahagia hidup di dunia dan selamat di akhirat.

Jika agamanya rosak, maka tergugatlah NYAWA, manusia tanpa agama tidak takut untuk membunuh sesuka hati. Syariat telah menetapkan undang-undang Qisas bagi kesalahan berkenaan nyawa. Islam juga agama kesejahteraan, menetapkan manusia supaya menjaga kesihatan dengan mengambil hanya makanan yang halal dan baik.

jikalau tanpa agama, rosaklah AKAL manusia, akal tanpa panduan akan berfikir menurut kehendaknya, merencana segala macam muslihat meskipun membawa bahaya pada diri dan orang lain. meminum arak yang merosakkan akal dan organ otak itu sendiri. Sebaliknya anjuran berfikir dalam al-Quran dan mencari ilmu antara lain merupakan galakan bagi memelihara akal fikiran.

jika tiada agama rosaklah NASAB KETURUNAN. manusia tanpa segan silu melakukan hubungan terlarang hingga melahirkan zuriat yang tidak dipastikan siapakah ayahnya. disyariatkan perkahwinan bagi memastikan keturunan terpelihara suci.

jika tiada agama manusia mengambil HARTA dengan jalan yang salah, mencuri untuk kebaikannya, memakan riba untuk kekayaan yang disangkakannya. Islam agama kekayaan, menggalakkan manusia berusaha mencari harta yang baik serta halal, serta menetapkan hukuman yang cukup menggerunkan bagi kesalahan mencuri dan mengambil harta secara haram.

setiap perkara yang dituntut dan ditegah dalam agama berputar sekitar lima maksud yang telah disebutkan. selain itu terdapat juga kewajipan dan larangan yang tidak dipastikan maksud disebaliknya, para ulamak menetapkan ia sebagai perkara ketaatan, sebagai hamba kita mesti patuh dan taat kepada Pencipta, lalu hikmah perkara-perkara ketaatan kita serahkan kepada Allah. Maha Suci Allah yang Maha Berkehendak dari terikat dengan asbab.

segala suruhan dan larangan Allah Taala wajib ditaati, meskipun kita belum mengetahui hikmah disebaliknya. namun pengetahuan tentang maksud disebalik suatu perintah amat bermanfaat bagi menambah kecintaan untuk beramal serta meningkatkan keyakinan pada Kebesaran Ilahi. Allahu Akbar! Allah Qadeer.

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? dan gunung ganang sebagai pasak” (Surah An-Naba’: 6-7)

Subhanallah…

Tuesday, November 23, 2010

life is great

Someone ask Somebody, then there goes some dialogue.

Someone: what do you know about life??

then Somebody replied;

i have learnt that life is full of test..

i learnt that life need lots of sacrifice..

i learnt that life is not that bad..it simply wonderful.

thank you Allah.. Alhamdulillah all praises to Allah..

The End.

Wednesday, October 6, 2010

Sifat-sifat seorang muslim

1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhah
2. Menundukkan pandangan;
-seorang sahabat berkata: yang utama perlu ditundukkan ialah HATI, jika hati sudah tunduk, maka pandangan baru akan tertunduk..
3. Memelihara lidah
4. Malu ; malu yang terbaik ialah malu kepada Allah
sebuah hadis Bukhari menyebut bahawa Rasulullah sewaktu berulang-alik memohon kepada Allah Taala spy mengurangkan jumlah solat, baginda berkata kepada Nabi Musa a.s. : استحييت من ربي (Daku malu kepada Tuhanku)
5. Lemah lembut dan sabar
6. Bersifat benar dan jujur
7. Tawaduk ; menjauhi sifat takbur
8. Menjauhi perbuatan buruk sangka, mengumpat, menjejak keburukan orang lain
9. Pemurah
10. Qudwah hasanah.

Ya Rabbi..kurniakanlah pada diri kami sifat-sifat mahmudah..dan berilah kekuatan kepada kami agar beramal dengan amalan ahli syurga..amiin..

Saturday, July 3, 2010

DUNIA letakkan di tangan jangan letak di hati

bila diri diuji..baru tau betapa susahnya nak bersabar dan redha.tapi itulah sunnatullah..secara logiknya, satu lauk tu kita tak tahu die sedap ke tak dengan tengok je,tapi kalau dah rasa baru tahu.betul2 sedap atau tak.oleh itu, hakikat sabar tu akan diketahui nilainya hanya selepas kita diuji...iaitu lepas dah rasa kepahitan suatu ujian,lalu bersabar..

kelebihan bersabar seperti yang termaktub dalam Kitab suci Al-Quran, Allah Taala telah berfirman:

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? " (Surah Ali Imran: 142)

di sini menunjukkan betapa tingginya nilai sabar sampai ia menjadi salah satu pra syarat untuk dapat masuk Syurga..banyak sekali ayat pasal sabar ni dalam AL-Quran.jadi,marilah banyakkan bersabar.tapi, sabar yang macamne yang dituntut tu?jawapannya kenelah kembali kepada petunjuk Al-Quran dan sabdaan Nabi kita..pelajari erti sabar, ciri-cirinya, kaedah-kaedahnya serta kelebihannya supaya kita lebih mudah untuk bersabar.

lagi Firman Allah Taala yang maksudnya:

"Sesungguhnya Allah bersama (menolong) orang-orang yang bersabar" (Surah Al-Baqarah:153)

mahukah kita menjadi hamba bertuah yang ditolong oleh Yang Maha Perkasa?saya mahu!saya amat amat perlukannya!

kalau mengikut pengalaman sendiri, antara langkah untuk bersabar ialah dengan memujuk diri sendiri...iaitu memujuk diri sendiri dengan bermonolog..apabila keinginan duniawi tidak diperoleh, baru kenal ayat macamni:

"Dunia ini persinggahan je, jangan berharap yang macam-macam"
"bagi orang beriman, dunia umpama neraka, bagi orang kafir, dunia ialah syurga"
"Ambillah dunia sekadar yang diperlukan"

sememangnya dunia ini terlalu banyak tarikannya yang mempesonakan, tapi contohilah para sahabat radiallahu anhum yang dijanjikan syurga, mereka gembira memilih untuk hidup dengan bersederhana..tidak mengharapkan kehidupan yang indah-indah belaka di dunia ini.kerana mereka lebih mahukan kehidupan syurga yang paling indah dan bahagia selama-lamanya, seolah-olah syurga itu berada di hadapan mata mereka!padahal mereka sama seperti kita, hanya mengetahuinya melalui wahyu Ilahi, namun keyakinan telah memenuhi ruang hati mereka (radiallahu anhum) hingga menutup ruang dari dunia memasuki hati mereka!itulah mereka orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, yang membenarkan, yang bersaksi bahawa Allah Maha Esa.bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang tidak pernah terbayang di fikiran manusia..

firman Allah Taala:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya;"

(Surah ali Imran: 14-15)

Wednesday, June 23, 2010

do not speak a word..if..

"it is better to remain silent than to speak words of evil, but it is better to speak good word than to remain silent,
and,
it is better to be alone than to remain in bad company, but it is better to be in good company than to remain alone."
-adapted from www.goodreads.com-.

inilah dia contoh kata-kata yang baik..amat berhikmah..penuh kebijaksanaan padanya.
kemampuan mengungkapkan kata-kata yang penuh hikmah seperti ini adalah tanda kebesaran Allah Yang Maha Agung. Dia yang mengajar manusia tiap sesuatu dalam dunia ini..Pemilik dunia ini, Pemilik segala kebijaksanaan yang disandarkan kepada sesiapa yang di Kehendaki-Nya..

terasa amat malu bila mengingati Allah Yang Maha Penyantun..bile lidah yang cuai ini mengungkapkan kata-kata penuh jahiliyyah..penuh kebodohan yang tidak selayaknya meluncur dari jiwa yang mengaku beriman kepada Zat Yang Maha Penyantun ..Allah yang Maha Penyayang..

Ya Rabbi bimbinglah daku berbicara dengan bicara yang solehah..yang Kau redhai..amiin..

kini aku amat bersyukur kerana ditemukan orang-orang yang ku kira sebagai 'a good company'..mereka menuturkan kata-kata yang baik2 dan membuatku be part of them insyaAllah..good company that leads to say good words..what a miracle..Subhanallah..lagi tanda Kekuasaan Allah..mencipta persaudaraan sebagai jalan menuju kebahagiaan..

Firman Allah Taala..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [ al-Hujurat 49:10]

Thursday, June 3, 2010

hidup penuh hikmah

bismillahirrahmanirrahim..

abangku masih terlantar tidak sedarkan diri dalam wad icu isolasi.
berbagai-bagai usaha masih diusahakan supaya beliau kembali sedar, dan sihat sejahtera..dengan izin dan rahmat Allah..
moga-moga berhasil..amiin..
semasa dalam tempoh penantian ni, macam-macam peristiwa berlaku disekeliling..
aku melihat satu demi satu keranda diusung, tangisan di sana sini, wajah kesakitan jelas terpancar pada satu-satu pesakit..rasa macam tak tahan melihat suasana tu..

dah sedih-sedih, terserempak pulak bayi-bayi yang comel duk dalam kotak lutsinar,misi nk bawak p mane ntah,masih kemerah-merahan..saaangat comel dan menenangkan..Subhanallah..indahnya ciptaan Allah.
dalam kesedihan pasti Allah datangkan kegembiraan..dalam kesusahan nnt akan tiba kesenangan..sebagai manusia, kena redha dan sabar atas segala yang telah Allah tetapkan..kita diciptakan kat atas bumi pertama ni,memang kena lalui banyak ujian..kalau nak hidup gembira kat bumi kedua nnt la..betul tak?
Wallahu a'lam.

"(Dia) yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu siapakah antara kamu yang paling baik amalannya. dan Dialah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengampuni"
[al-Mulk:2]

Oleh itu, wahai diriku yang masih sihat ni..masih bernafas ni..mujahadahlah tingkatkan amal kebajikanmu!sucikanlah hati..banyakkanlah solat..taatilah Allah dan RasulNya..sampaikanlah pesanan Rasulullah dengan penuh jujur mengharapkan redha Allah Taala. moga-moga dirahmati Allah sepanjang hidup. Allahumma amiin..

---ingin memaklumkan pembaca, abang saya yang sakit tersebut telah pun kembali ke rahmatulLah pada 27hb Jun 2010..al-fatihah. moga rohnya ditempatkan bersama para mukminin dan solihin..amiin..inilah seperti mana yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya..setiap yang hidup pasti akan merasai mati..tua atau muda, tiada siapa tahu bilakah masanya yang Allah tetapkan untuk kita..yang mesti dilakukan adalah, cari bekalan,supaya selamat di negeri akhirat..=__= ---

Wednesday, May 26, 2010

the 24th-day..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dear blog,

Agak-agak apakah yang membuatku terasa nk menulis nih yek..satu alasan munasabah..im in a 2-month semester break.hohoho..jadi ade la jugak masa lapang yang patut diisi dengan sesuatu yang berfaedah.latihan menulis. what the..~~ -_-

kenapa menulis? sebab menulis adalah aktiviti berfaedah as it benefit to the writer and the reader..dengan syarat..ianya tulisan yang baik..kan.kan.kan.

nway, back to the top.the significant title..day 24.what's the matter with it?

mari dengar cerita saya..

sebenarnya hari ni hari yang ke 24 abang sulung ct admitted kat wad icu hospital t.a.r. klang...these day was a bad days actually...(but the fact is it was full with hikmah and sign of Allah's love). tapi sebagai insan biasa, ujian ni memang berat..setiap hari kami berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan..lagi-lagi kalau doktor panggil aku kat bilik menunggu waris,rasa macam kene panggil interviu je,(sesuai ke perbandingan ni?ah pedulik..),tapi nak cakapnye memang sangat risau..apa yang doktor bakal khabarkan..-_-

fyi, mula-mula abg aku a.k.a kang mamat mengalami sesak nafas hari selasa 3/5/10, pastu dibawak ke hospital, terus kene tahan dlm wad..hari ahad 9/5/10 mula dipengsankan sebab xdapat bernafas sendiri..mula-mula doktor suspect h1n1,.the result is negative..alhamdulillah..tapi abangnye makin tenat..pernah menjalani proses CPR selama 15min. dah beberapa hari after cpr baru doktor informed kami..sangat down bila doktor inform pasal cpr tuh..tapi kami tetap berharap abang selamat..berdoa dan terus bertawakal pada Pemilik jiwa ini dan sekalian jiwa-jiwa..

terbaru doktor bagitau ada jangkitan kuman pada paru-paru,then jantung tersumbat..and then abang kene stroke..astaghfirullah..Allahu as-Syafi, la syifa' illa syifaa uka,syifaa'an la yughadiru saqaman.amiin..

insyaAllah jika ada kelapangan ct akan update lagi..nak bersiap-siap ke hospital..ilal liqaa'..wassalam..

Saturday, August 15, 2009

maen bowlingg@ flamingo yang best

maen dengan sempoi tapi score taww...hehehe

bersyukurlah..nanti Allah akan beri tambahan kat kita..:)

Thank
You Allah (SWT): Did we get a bill from Allah (SWT)?

www.iLuvislam.com
Dihantar Oleh: NJ maniac*
Editor: b_b

A man reached 70 years of age and was affected by a disease which made him unable to urinate. The doctors told him that he needs an operation to cure the disease. He agreed to do the operation as the problem was giving him severe pain for days. When the operation was completed the doctor gave him a bill which covered all the costs. After looking at the bill, the man started crying. Upon seeing this, the doctor said, "If the cost is too high then we could make some other arrangements for you." The old man replied, "I am not crying because of the money but I am crying because Allah (SWT) let me urinate for 70 years and HE never sent me a bill!" SubhanAllah!

And He gives you of all that you ask Him; and if you count Allah's favors, you will not be able to number them; most surely man is very unjust, very ungrateful.
- Noble Qur'an (14:34)

Moral: We rarely thank Allah (SWT) for these things which are indeed great favors. Take a little pause and think for a while about the bounties of Allah Almighty within yourself. May Allah (SWT) grant us the ability to recognize His bounties and thank Him more often.

Sumber: www.iluvislam.com